Misi memburu nasi Kak Wok diteruskan dengan persinggahan di restoran Nasi Khetah. Terletak berhampiran stesen bas Kajang di Jalan Reko, kedudukannya yang menghadap jalan besar menjadikannya cukup strategik, dan menjadi salah satu pilihan penumpang yang menanti atau menuruni bas di stesen bas Kajang, ataupun kakitangan-kakitangan jabatan-jabatan atau syarikat yeng mempunyai cawangan di Stesen Kajang.
![]() |
Bahagian hadapan Restoran Nasi Khetah |
![]() |
Papan tanda sis yang menunjukkan Nasi Kak Wok |
![]() |
Susun atur Restoran Nasi Khetah |
Dari segi susun atur agak simple dan cozy, ditambah dengan keadaan restoran yang masih lengang sebab terlalu awal datang, maka tempat duduk tak menjadi masalah. Untuk membuat pesanan hanya terus ke kaunter pesanan dan hidangan akan dihantar dalam masa yang singkat. Saya memesan nasi Kak Wok dan teh-o ais seperti gambar di bawah.
![]() |
Nasi Kak Wok yang dipesan |
![]() |
Air Teh-O ais |
Dari segi rasa nasi Kak Wok, lauk pauk agak meriah, dan memang puas hati. Kuah karinya memang terasa, ditambah dengan lauk ayam goreng kunyit serta sambal lada yang membuka selera. Restoran ini juga mempunyai air teh dan kopi yang menarik, yang perlu dicuba, terutamanya teh hijau Thai dan kopi Vietnam. Khidmat penghantaran juga disediakan dengan penghantaran percuma untuk pesanan 10 set dan ke atas.
![]() |
Poster promosi penghantaran nasi khetah Kredit: Facebook Khetah |
Secara keseluruhan, restoran ini amat disyorkan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ringkas tapi sedap dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Saya pasti akan datang lagi ke restoran ini untuk mencuba menu yang lain.
Info:
Nasi Khetah
7-G, Jalan Hentian 1A
Pusat Hentian Kajang
43000 Kajang, Selangor
Facebook: Khe'tah
Penilaian:
Makanan: *****
Susun atur: *****
Servis: *****
Keseluruhan: *****
No comments:
Post a Comment