Setelah sekian lama berehat, kali ini saya akan bercerita tentang Zawara Coffee di Bangi Sentral. Persinggahan kami di Zawara Coffee adalah untuk menjamu selera setelah usai membeli belah di butik-butik yang berada di Bangi Sentral.
Susun atur dalaman Zawara Coffee agak tipikal seperti kedai-kedai kopi 'hipster' yang lain, dan sebuah kontena dijadikan sebagai tempat untuk menerima pesanan dan mengambil hidangan yang dipesan, kreatif kan. Servis di Zawara Coffee juga mesra pelanggan, terutamanya ketika memesan hidangan, kerana sistem 'over the counter' diamalkan di sini. Pesanan hidangan dan bayaran dibuat terus di kaunter. Selepas bayaran dibuat, buzzer akan diberikan kepada pelanggan, di mana buzzer akan berbunyi apabila hidangan sedia diambil, juga di kaunter.
Buzzer yang diberikan selepas bayaran dibuat dan akan berbunyi apabila hidangan sedia diambil di kaunter 'pick-up' |
Hidangan yang dipesan |
Churros with Butterscotch Dip |
Pulled Ayam Percik Sub |
Spaghetti Spicy Marinara Crab |
Iced Belgian Chocolate |
Untuk review setiap hidangan, cecahan butterscotch pada hidangan Churros mempunyai rasa lemak manis dan bermentega, dan padanan dengan rasa churros memang berjaya. Hidangan Pulled Ayam Percik Sub mempunyai inti yang cukup rasa ayam percik dan enak dimakan tanpa memerlukan tambahan sos, malah tekstur daging ayam pada intinya juga terasa dan cukup. Sesuai dengan namanya, hidangan Spaghetti Spicy Marinara Crab mempunyai rasa pedas dan masam tomato yang cukup, diadun dengan isi ketam sebenar secukupnya dan keju parmesan yang melengkapkan rasa savoury hidangan ini. Kepedasan hidangan ini mampu membuat air mata anda keluar. Cuma hidangan ini akan menjadi lebih umpph kalau bebola isi ketam sebenar digunakan sebagai pengganti dua ketul surimi ketam yang kini disertakan. Rasa iced belgian chocolate agak pahit, mujurlah air gula tambahan disediakan di sudut condiment di sebelah kaunter pick-up, maka tambahan air gula dapat mengurangkan rasa pahit minuman ini.
Secara keseluruhan Zawara Coffee menawarkan hidangan yang enak dan sesuai untuk makan tengahari dan kaki snacking, serta servis yang cepat dan mesra pelanggan. Maka Zawara Coffee amat disyorkan dan saya akan datang lagi ke Zawara Coffee untuk menikmati hidangan yang lain. Untuk maklumat lanjut dan update mengenai Zawara Coffee, layari www.zawaracoffee.com atau Facebook Zawara Coffee.
Penilaian:
- Makanan: *****
- Servis: ****
- Dalaman: *****
- Keseluruhan: *****
No comments:
Post a Comment