Pada malam Isnin yang lalu, sempena hari lahir saya, kami datang ke Restoran Thai Garden untuk menjamu selera, itu pun tanpa sebarang rancangan. Maka, usai solat Maghrib kami pun bertolak ke Pusat Bandar Putra Permai, hanya 7 minit dari rumah. Cari punya cari, jumpa juga akhirnya restoran Thai Garden disebabkan papan tanda utama sudah agak lama dan tidak menyala, maka menyukarkan pencarian restoran tersebut.
Papan tanda restoran yang sudah agak mengelupas dan tidak menyala |
Sebaik saja meletak kereta, kami pun masuk ke dalam restoran tersebut dan mengambil tempat duduk berkusyen untuk memberi keselesaan kepada isteri dan si manja. Dari segi susun atur, meja disusun dengan teratur di bahagian dalam dan luar, dengan bahagian luar menghadap panorama kawasan Putra Permai, dengan papan huruf yang besar bagi menarik perhatian pengguna jalanraya besar. Kami hanya memesan set nasi kosong dengan menu yang ringkas seperti tomyam campur, kerabu mangga, ayam masak halia, telur bistik dan ice blended juice. Dalam masa 10 minit selepas pesanan diambil oleh pelayan yang mesra, hidangan pun sampai dan sedia untuk dinikmati.
Bahagian luar restoran yang berlatarbelakangkan Pasaraya Giant. Terdapat papan tanda huruf yang besar. |
Istana belon untuk kanak-kanak beriang-ria. |
Nasi putih, tomyam dan ayam masak halia. |
Telur bistik |
Kerabu mangga |
Jus ice-blended (durian belanda (kiri) dan mangga (kanan)) berlatarbelakangkan lauk-pauk. |
Dari segi rasa setiap hidangan, semuanya amat memuaskan hati dan tidak mengecewakan kerana rasa yang seimbang pada setiap hidangan dan tidak terlalu pedas. Kerabu mangga menjadi pembuka selera yang sememangnya mantap dan rasa masam asli berjaya diseimbangkan dengan bahan lain. Begitu juga dengan ayam masak halia dan telur bistik. Rasa halia pada ayam masak halia itu sememangnya memadai. Selain rasa masam tomyam campur yang memang umphh...kuahnya juga pekat dan sedap. Hanya tukang masak yang mahir saja yang mamu menghasilkan tomyam begini.
Oleh itu, saya amat mengesyorkan restoran Thai Garden kepada mereka yang inginkan masakan Thai yang enak dan menyelerakan. Saya pasti akan datang lagi ke restoran ini untuk mencuba menu lain pula.
Info:
Thai Garden Restaurant
No. 19-1, Jalan BPP5/1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Berhampiran Giant Bandar Putra Permai.
Penilaian:
Makanan: *****
Servis: *****
Keseluruhan: *****
Oleh itu, saya amat mengesyorkan restoran Thai Garden kepada mereka yang inginkan masakan Thai yang enak dan menyelerakan. Saya pasti akan datang lagi ke restoran ini untuk mencuba menu lain pula.
Info:
Thai Garden Restaurant
No. 19-1, Jalan BPP5/1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Berhampiran Giant Bandar Putra Permai.
Penilaian:
Makanan: *****
Servis: *****
Keseluruhan: *****